Keajaiban Waktu Sholat dan Kaitannya dengan Kesehatan
Setiap
peralihan waktu sholat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini
yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
a. Sholat Shubuh
Pada
waktu Shubuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan
dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Shubuh mempunyai rahasia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini karena tenaga alam yaitu
biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam
keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam
erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan
rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan
Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga
inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu
rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah
mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
b. Sholat Dhuha dan Dhuhur
Warna alam seterusnya berubah
ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning
menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini
bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem
penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahasia yang berkaitan dengan
keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
c. Sholat Ashar
Kemudian warna alam akan
berubah kepada warna oranye,yiaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum
warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahasia warna oranye ialah kreativitas. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitasnya
dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang
ini terpisah. Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan
oleh organ-organ reproduktif kita
d. Sholat Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam
berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh
orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum
warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red)
dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana
mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga
seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la.)
kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang
boleh mengelirukan mata kita. Rahasia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
e.Sholat Isya
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa
Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian
di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang
kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula
bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu
di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal,
pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali
pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas
keterkaitan waktu solat dengan tubuh manusia. Manusia kini memang telah
menyadari akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor penyebab
munculnya bermacam-macam meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Dan Kita sebagai umat Islam
patut bersyukur kerana telah dikaruniai syariat sholat oleh Allah s.w.t
tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini
lewat berbagai macam tekhnik yang mulai tumbuh tadi. Hakikat ini
seharusnya menyadarkan kita bahwa Allah s.w.t mewajibkan Sholat atas
hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta karena
Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.
Adalah amat malang sekali bagi
kumpulan manusia yang amat lalai dalam menjaga sholat-nya. Semua yang
terdapat di alam ini adalah untuk manfaat segala makhluk2 nya.